Monday, 20 June 2011

Kegilaan Isnin

Pada satu tahap aku rasa aku tidak mampu lagi menulis but what the fuck.

Hari Isnin aku mulakan dengan sesi pemikiran separa sedar. Hantu-hantu falsafah dah lama tak berdamping dengan aku. All those fucking dead philosophers, they are dead for good now. Tak ada nak mengada-ngada masuk dalam mimpi aku dengan kata-kata angkuh dan berat dengan emosi.

Sepanjang perlajanan aku melihat kereta, manusia dalam kereta, motosikal, manusia atas motosikal, bas dan kamu tahu selebihnya. Oh dan manusia-manusia yang berjalan kaki.

Cuma tadi, semasa memandu aku tertekan dengan beberapa orang manusia berperangai babi bila diatas jalan.

Dan aku buat satu konklusi.

Darwin, kamu salah. Sebenarnya manusia bukan sahaja evolusi daripada monyet. Kalau kamu hidup lagi dan memandu di atas jalan raya dengan ribuan kereta, kamu akan sedar bahawa ada beberapa kelompok manusia di dunia ini berevolusi daripada lembu kepada manusia.

Everything changes, except for the brain. That one is going to stay that way for a very long time.

Kerana lembu akan mendidik lebih banyak lembu untuk menjadi lembu yang berjaya.

No comments: