Sunday, 1 May 2011

Api Perasaan

Aku dalami emosi kali ini. Cuba sedapkan hati sebab aku tak sangka, hati ini, minda yang berkerja sehingga menipiskan helaian-helaian rambut di atas kepala setuju dengan perasaan kali ini.

Duduk, tenangkan perasaan dan fikiran. Cuba menjadi seorang manusia waras dan tidak hanyut dalam intoksikasi emosi kali ini.

Mungkin... Bukan intoksikasi emosi, lebih kepada kegilaan emosi.

Dan aku yakinkan diri sendiri bahawa kegilaan emosi ini adalah sementara.

Aku capai tangan kedalam beg... Cari, cari dan cari.

Kosong.

Celaka, aku hilang lighter lagi.

4 comments:

FzaIbrahim said...

T______T
igtkan apa tadi.
sila pergi beli baru. huhu

mirachantek said...

beli sajalah yang baru

picasonthewall said...

what is intoksikasi .

straight face*

Anonymous said...

Please stop smoking. I beg you.