Monday, 25 April 2011

Epitome of Narcissist

Membaca blog ibarat membaca buku dan klik pada link-link manusia lain yang turut menulis itu ibarat menylak halaman-halaman berbeza dalam buku yang mungkin sama, mungkin berbeza.

Jadi aku duduk menghadap komputer, nyalakan nikotin dan mula bunuh diri secara perlahan-lahan.

Mungkin itu keterlaluan dan aku baru mula menghirup udara berisi nikotin tidak sampai sebulan. Tidak, aku bukan seorang chain smoker. Since, I have the curiosity of a 9 year old boy, aku cuma mahu tahu reaksi jasad terhadap asap yang dihidu secara sengaja. So far, nothing bad.

Dengan nikotin berada di celah bibir, aku selak halaman-halaman blog. Klik sini dan sana dengan muka stoic.

Akhirnya terjumpa link kepada satu blog. Aku klik, mula membaca. Mula tersenyum dan kadang-kadang ada sedikit sedih, hampir menitiskan air mata. Kepuasan membaca yang aku cari.

And, I was reading The Plain Melayu.

Dalam hati aku berkata kepada semua blog yang aku singgah sebelum itu.

"Write your fucking blog properly!"

3 comments: