Tahun 2011 aku dimulakan dengan manusia-manusia baru dalam hidup. Jadi dalam tempoh perkenalan dan membiasakan diri dengan bulatan baru, timbul perasaan-perasaan baru.
Sehingga hari ini, masa terluang yang aku ada, seboleh-bolehnya aku habiskan di dalam bulatan yang baru aku bentuk. Ruang kecil untuk kenal manusia-manusia baru secara terkawal.
That's how life works, you don't want to over expose yourself to the world. Pendedahan terkawal atau Controlled Social Exposure. Atau dalam kata lain, seperti seorang perempuan yang mengenakan pakaian seksi tapi masih nampak relevant.
Cuma selepas beberapa kali jumpa dengan orang baru dalam hidup, selepas duduk berborak hingga pukul 6 pagi, minum, keluarkan sedikit duit... Aku dapat lihat siapa sebenarnya manusia yang duduk di sebelah aku. Atau dalam kata lain, selepas beberapa jam bersembang, you can see the quality of a person or more likely the initial quality of a person.
Dan setiap kali aku berjumpa dengan manusia yang baru aku kenal beberapa bulan, aku juga dapat lihat kesan mereka kepada aku dan kesan aku kepada mereka. Yang paling penting, I get to see what kind of person I really am. Tanpa topi seorang penulis, topi seorang penyanyi atau topi seorang guru bahasa Inggeris yang sinis.
Kerana pada mereka, aku ibarat seorang perempuan yang mengenakan pakaian seksi tapi masih nampak relevant.
Tak faham? Baca semua dari atas.
Saturday, 23 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
yang seksi tapi relevan itu susah nak jumpa. Bukan tak ada, tapi boleh bilang dengan jari.
jadi ucap tahniah pada diri sendiri ya.
Post a Comment